Sunday, April 10, 2016

Perhimpunan Kokurikulum dan Majlis Penutupan Rasmi Bulan Bahasa

10 April 2016: Perhimpunan Bulanan Kokurikulum telah dikendalikan oleh unit PBSM bersama dengan Majlis Penutupan rasmi bulan bahasa SMKB.

Dalam ucapan perasmian penutup yang disampaikan oleh Pn. Roby (GPK Pentadbiran) beliau amat bangga sekali apabila 4 orang murid berani tampil ke pentas untuk membuat persembahan dan seterusnya menjalankan "Forum" bertajuk berkaitan disiplin sekolah. Keberanian untuk tampil ke hadapan dan memberikan pendapat adalah suatu pembelajaran yang amat berguna lebih-lebihlagi dalam situasi pendidikan abad ke-21.

Tahniah kepada PBSM dan bidang bahasa atas kejayaan mengendalikan perhimpunan dan menjalankan banyak aktiviti sempena bulan bahasa SMKB.

No comments: