Monday, January 9, 2017

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PT3

TARIKH : 1 Januari 2017 (Ahad)
MASA : 7.30 pagi hingga 8.00 pagi
TEMPAT : Dewan Baiduri, SMK Benut

Majlis penyampaian anugerah kecemerlangan bagi murid PT3 2016 telah dijalankan pada perhimpunan pertama persekolahan sesi 2017. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua di Dewan Baiduri SMKB. Seramai 9 orang murid yang telah mendapat keputusan 10A, 7A dan 6A dalam PT3 2016, menerima penghargaan dari pihak sekolah pada majlis tersebut.

Murid-murid yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam PT3 2016 ialah:

  1.   Nur Dyana Syazwanie bt Dedy Chandra       -           10A
  2.  Nursyaidatul Syuhada bt Abd. Razak            -           7A
  3.  Nurul Syafrina bt Ngateman                           -           7A
  4.  Sharinbalqis Mariana bt Zamri                        -           7A
  5.  Siti Nur Aisyah bt Abdullah                                  -           7A
  6.  Aidiana Nur nadia bt Aidil Hairi                    -           6A
  7.   Muhamad Amirul Fikri bin Kamiri                 -           6A
  8.  Muhammad Noor Azim bin Baba@Awang   -           6A
  9.  Siti Nur Firdaleyana bt Mahmod                    -           6A



Majlis ini diadakan bagi meraikan dan memberi penghargaan kepada murid-murid yang telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam PT3. Majlis ini juga bertujuan memberi pengiktirafan kepada kecemerlangan akademik murid dan usaha gigih yang ditunjukkan tanpa jemu. Majlis seperti ini diharap dapat menjadi pendorong dan pembakar semangat bagi warga SMK Benut untuk terus mempertingkatkan usaha dan pencapaian akademik dari semasa ke semasa seterusnya dapat melakar kejayaan yang cemerlang kelak.









Nur Dyana Syazwanie bt Dedy Chandra – 10A


Nursyaidatul Syuhada bt Abd. Razak – 7A

Siti Nur Aisyah bt Abdullah – 7A







Nurul Syafrina bt Ngateman – 7A


Sharinbalqis Mariana bt Zamri – 7A

Siti Nur Firdaleyana bt Mahmod – 6A








Aidiana Nur nadia bt Aidil Hairi – 6A


Muhamad Amirul Fikri bin Kamiri – 6A

Muhammad Noor Azim bin Baba@Awang- 6A




No comments: