Monday, March 13, 2017

KURSUS BITARA STEM PERINGKAT NEGERI JOHOR

TARIKH : 5-7 Mac 2017
MASA : 8.00 pagi hingga 11.00 malam
TEMPAT : Savanna Hill, Ulu Tiram

LATAR BELAKANG

Kursus Bitara STEM dijalankan bagi memberi panduan perlaksanaan STEM dalam pengajaran dan pembelajaran bagi guru-guru dan murid-murid di semua sekolah di Johor . Kursus STEM ini adalah lanjutan kepada fasa yang pertama yang mana objektifnya adalah penyebarluasan kepada murid-murid sekolah di Johor

OBJEKTIF

Objektif pendidikan STEM adalah untuk melahirkan murid yang mempunyai literasi  STEM yang berupaya untuk mengenal  pasti, mengaplikasi serta mengintegrasikan konsep atau komponen STEM untuk memahami masalah dan menyelesaikannya secara kreatif dan inovatif.

RINGKASAN AKTIVITI KURSUS

Pada fasa 2 ini, guru-guru menjadi jurulatih utama dalam usaha untuk memberi pendedahan  pedagogi STEM serta projek yang akan dijalankan di sekolah kepada murid-murid. Guru-guru dipecahkan kepada 4 bahagian teras STEM iaitu, pengangkutan, tenaga, komunikasi dan jalur lebar. Satu daerah membawa 16 orang wakil murid iaitu 4 orang murid dari setiap sekolah. Murid-murid ini dibahagikan juga kepada 4 kumpulan mengikut unit STEM. SMKB telah diwakili oleh :
Guru
Pn Siti Ezainora bt Kasiran (JU)

Murid
1.      DAYANG ANIS SYAKIRAH BT ABD AZIZ                       - 2KRK
2.      NURUL IZZAH AQILAH BT OMAR                               - 2KRK
3.      NUR UMIE UMAIRAH BT SAHRUL                              - 2KRK
4.      NUR ALESSA FATIHAH AMINAH BT ABU HANIFAH     - 2KRK

Murid-murid ini diberi bimbingan oleh guru-guru sebagai jurulatih utama dan dikehendaki menguasai unit masing-masing. Bimbingan diberikan pada hari pertama kursus. Kursus pada hari kedua disambung dalam bahagian pembangunan model dan prototaip.
Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan mengikut daerah :
a)      10 orang untuk aktiviti Smart City
b)      3 orang untuk aktiviti Go Green
c)      3 orang untuk aktiviti Creative Design
Melalui pembahagian ini, murid-murid diminta untuk menyelesaikan tugasan yang mana kemudiannya akan dibentangkan dan dipertandingkan hasil kerja mereka Murid- murid ini juga di uji dengan 12 pertandingan mengikut unit masing-masing. 2 orang wakil dari setiap daerah dalam satu pertandingan dipilih bagi memastikan tahap penguasaan murid-murid ini dalam STEM. Seorang wakil murid dari setiap daerah juga dipilih untuk aktiviti ‘Three minute pitching’. Semua pertandingan yang dijalankan memang benar-benar dapat menguji kebolehan dan tahap penguasaan murid dalam program STEM.
Fasa 3 program STEM akan dijalankan dijangka berlangsung pada bulan April. Bagi fasa seterusnya, guru-guru dan murid-murid ditugaskan untuk menjadi jurulatih utama dalam setiap daerah pula.

Kursus ini diharap dapat disebarluaskan kepada semua sekolah di negeri Johor agar dapat meningkatkan minat dan kesedaran murid serta ibu bapa terhadap pentingnya sains dalam kehidupan serta PdP yang mengintegrasikan kejuruteraan dan teknologi ke dalam sains dan matematik dapat dicapai. Tahniah kepada wakil guru SMKB kerana dilantik menjadi jurulatih utama program STEM manakala 4 orang wakil murid SMKB pula akan menjadi jurulatih dalam kalangan murid-murid di daerah Pontian.



















No comments: