Monday, October 30, 2017

Selangkah Ke Universiti

Majlis Graduasi Prauniversiti

Sesi 2016/2017 

kali ke-7



24 Oktober (Selasa): Majlis Graduasi Prauniversiti merupakan salah satu program yang diadakan bagi meraikan kejayaan para pelajar tingkatan enam senior sebelum meninggalkan alam persekolahan dan melangkah  masuk ke universiti. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Ir. Haji Hasni Bin Haji Mohammad (Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Negeri Johor). Turut hadir semasa majlis berlangung YDP PIBG En. Abd Razak bin Ariff, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Benut Pn. Hjh. Rohani binti A. Manaf, Guru Penolong Kanan Pn. Roby binti Hj. Abdul Hamid, Guru Penolong Kanan Tingkatan Enam Encik Abdul Razak bin Nasiran, Guru HEM En. Ariffin bin Bajuri dan barisan tenaga pengajaran tingkatan enam. 

Rasionalnya, majlis ini berlangsung untuk menghargai tenaga pengajar tingkatan enam dan pelajar Prauniversiti yang bakal menghadapi peperiksaan STPM pada november ini. Majlis ini menjadi wadah pertemuan, perbincangan dan pemuafakatan antara pelajar Prauniversiti dengan ibu bapa guru-guru dan rakan-rakan pelajar. Selain itu juga majlis ini dapat menyuntik semangat motivasi agar dapat menghadapi peperiksaan STPM dengan tenang, yakin dan seterusnya memperolehi kejayaan yang cemerlang. We AreThe Best!


No comments: