Thursday, October 5, 2017

MAJLIS RESTU ILMU CALON PT3 2017

5 Oktober 2017:  Satu majlis Restu Ilmu calon PT3 2017  telah diadakan pada hari Khamis 5 Oktober 2017 di Dewan Baiduri, SMK Benut. Program ini melibatkan pentadbir, kaunselor, guru-guru PT3 dan calon-calon Pentaksiran Tingkatan 3, 2017. Majlis ini diadakan bermula jam 8.00 pagi – 9.00 pagi.

          Objektif program ini dijalankan adalah untuk :

·         Memohon restu ilmu yang diberikan oleh guru-guru
·         Memberi daya keyakinan kepada calon-calon PT3 sebelum menduduki  PT3 yang bakal mendatang
·         Menunjukkan bahawa kasih saying guru-guru tiada nilainya
·         Membantu para pelajar sentiasa bersemangat dan bersedia dengan masalah dan kemungkinan yang mendatang

        Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh wakil pelajar dan diteruskan odengan ucapan daripada wakil pelajar PT3 yang diwakili oleh Muhamad Maliki bin Siron (3 RK). Selaku wakil bagi para pelajar PT3, Muhamad Maliki mengambil kesempatan memohon maaf dan doa daripada semua guru bagi mendapatkan keberkatan dan kejayaan dalam PT3. Majlis diteruskan pula dengan ucapan daripada Tuan Pengetua, Pn Hjh Rohani bt A. Manaf. Dalam ucapannya, Tuan Pengetua memberi amanat terakhir serta semangat kepada calon-calon PT3 dalam menghadapi pentaksiran yang akan bermula pada 9 hingga 12 Oktober 2017. Selepas itu, Pn Zainab bt Ismail meneruskan majlis pada hari itu bagi menyampaikan sedikit taklimat persedian para pelajar sebelum menduduki PT3 seterusnya penyerahan alatulis kepada guru tingkatan tingkatan 3. Majlis berakhir dengan slot meminta maaf dan restu daripada semua guru-guru.

            Majlis Restu Ilmu berakhir pada pukul 9.00 pagi. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga para pelajar memperoleh ketenangan dan beroleh kejayaan dalam Pentaksiran Tingkatan 3.

























No comments: