Thursday, April 19, 2018

PENYERTAAN PELAJAR SMK BENUT KE MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA (MSSM)


19 April 2018, Khamis. Diucapkan tahniah dan syabas kepada pelajar SMK Benut iaitu MOHAMAD HAIZAN BIN IDRIS yang telah mewakili MSSJ ke peringkat Majlis Sukan Sekolah Malaysia(MSSM) dalam acara 10,000 meter jalan kaki kategori lelaki yang diadakan di Selangor pada 23 April ini. Pelajar ini telah menjalani kem latihan pusat bertempat di Sekolah Tunku Mahkota Ismail, Bandar Penawar. 

Semoga kejayaan menjadi milik Johor serta mengharumkan nama SMK Benut dalam menggorak langkah menggenggam obor dalam menjadi juara dan  atlet yang berjaya. Penglibatan Mohamad Haizan menjadi "role model" kepada pelajar SMK Benut dan menjadi penggalak kepada pelajar lain untuk melibatkan diri dengan lebih aktif dalam bidang sukan.

Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa, pembangunan sukan di peringkat daerah melalui MSSD, peringkat negeri melalui MSSJ dan MSSM di peringkat kebangsaan telah melahirkan atlet muda yang berjaya dalam mengharumkan nama negara di persada antarabangsa kelak.  Semoga MOHAMAD HAIZAN terus maju dalam menggorak kejayaan dan menjadi seorang yang berwawasan dan berjaya dalam bidang sukan yang diceburi.

WE ARE THE BEST!!!!!


No comments: