Monday, April 16, 2018

PERKHEMAHAN TAHUNAN PKBM (DARAT) PERINGKAT NEGERI JOHOR DI LAPANG SASAR KEM BATU 3, KLUANG


8- 12 April 2018. Seramai 20 orang pelajar SMK BENUT telah mewakili sekolah bagi daerah Pontian dalam menyertai kem tahunan PKBM yang dianjurkan oleh 7 Briged Tentera Darat Malaysia  iaitu Perkhemahan Persatuan Kadet Bersatu Malaysia(PKBM) Peringkat Negeri selama lima hari dari 8 hingga 12 Apr 2018 di Lapang Sasar Kem Batu 3 Kluang.
Majlis penutup disempurnakan oleh Panglima 7 Bgd, Brig Jen Dato Mohd Hassan Loman diiringi wakil dari Pejabat Pendidikan Negeri Johor.
Perkhemahan ini melibatkan empat komponen utama iaitu Pertandingan Kawad Kaki, Pertandingan Baca Peta, Pertandingan Menembak dan Pertandingan Merentas Halangan.
Panglima 7 Briged dalam ucapan penutupnya telah menekankan tentang betapa pentingnya modal insan pelapis-pelapis baru yang akan menjadi pemimpin negara di masa hadapan, dan beliau juga turut merakamkan jutaan apresiasi kepada Jabatan Pendidikan Negeri atas kerjasama yang begitu baik dalam membantu formasi 7 Briged dalam penganjuran Perkhemahan PKBM tahun ini.
Kesimpulannya, aktiviti yang telah dijalankan ini sedikit sebanyak telah meningkatkan daya keyakinan di kalangan para pelajar disamping meningkatkan semangat cintakan negara. Tahniah kepada pelajar SMK Benut kerana telah memperoleh kejayaan dalam mengikut serta dalam kem tahunan ini, semoga ilmu yang telah didedahkan dapat meningkatkan keyakinan diri dan motivasi dalam mengukuhkan Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek kelak, 































No comments: