Monday, April 23, 2018

Tahniah Pasukan Kadet Remaja Sekolah!




19 April 2018: Unit Sukan SMKB telah berjaya menghantar wakil peserta bagi Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Badan Beruniform  Daerah Pontian pada 19 April 2018 (Khamis). Seramai 482 orang murid beserta 33 orang guru pengiring telah menyertai pertandingan ini. Terdapat beberapa kategori untuk pertandingan Kawad Kaki ini iaitu:

1)      Kadet Remaja Sekolah (Lelaki)
2)      Kadet Remaja Sekolah (Perempuan)
3)      Agensi Kerajaan (Go-Lelaki)
4)      Agensi Kerajaan (Go-Perempuan)
5)      Agensi Kerajaan (Ngo-Lelaki)
6)      Agensi Kerajaan (Ngo-Perempuan)


Hasil usaha gigih guru dan murid, pasukan Kadet Remaja Sekolah (Perempuan) SMK Benut telah memenangi johan kategori tersebut menewaskan pasukan lain yang telah menyertai.



Tahniah diucapkan kepada semua guru dan pemain atas usaha gigih yang ditunjukkan hingga membuahkan kejayaan kepada sekolah. Semoga pasukan Kadet Remaja Sekolah SMKB akan lebih maju jaya di masa hadapan

No comments: