Sunday, March 17, 2019

Mesyuarat Agung PIBG SMK Benut 2019 Kali Ke-41



TARIKH :  17 Mac 2019 (AHAD)
MASA : 8.00 pagi hingga 1.00 petang
TEMPAT : Dewan Baiduri, SMK Benut

LATAR BELAKANG

Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru merupakan salah satu daripada program yang dijalankan di bawah Sarana Ibu Bapa. Program ini dijalankan secara rutin iaitu pada setiap tahun. Sarana ini khas untuk ibu bapa bagi membolehkan ibu bapa berkongsi pendapat dan penglibatan bagi membantu pihak sekolah dalam meningkatkan pembelajaran anak-anak.
Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru kali ke-41 ini telah dilaksanakan pada 17 Mac 2019 (Ahad) yang telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Isa bin Ab. Hamid, Ahli Dewan Negara (Senator Orang Asli Semenanjung). Kehadiran ibu bapa amat menggalakkan. Sarana ini mengandungi soal selidik untuk ibu bapa dan boleh dianalisis sendiri untuk menentukan tahap penglibatan dalam pembelajaran anak. Cadangan tindakan susulan diberikan sebagai garis panduan kepada ibu bapa menambahbaik dalam bidang bidang tertentu.
OBJEKTIF

·         Membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid.
·          Menambah sumber kewangan sekolah bagi menambah dan meningkatkan kemudahan di sekolah.
·          Meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara sekolah dan masyarakat setempat.
·          Meningkatkan keceriaan premis sekolah supaya dapat mewujudkan suasana yang kondusif bagi menjayakan aktiviti dan program pendidikan.

RINGKASAN MAJLIS

Pendaftaran ibu bapa dan ketibaan tetamu jemputan bermula pada pukul 8.00 pagi. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan di ikuti mesyuarat agung PIBG. Selepas ketibaan perasmi, majlis disambung semula dengan ucapan Pn Roby bt Abd Hamid diikuti ucapan perasmian oleh Yang Berhormat Dato’ Isa bin Ab Hamid.

Selepas upacara perasmian, majlis diteruskan dengan acara cabutan bertuah. Antara agenda mesyuarat pada tahun ini  ialah membentang dan menerima minit mesyuarat agung tahun 2018, membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan berakhir 31 Disember 2018, membahaskan usul, ucapan penangguhan dan pelantikan ahli PIBG yang baru.

Cadangan-cadangan yang diberikan melalui sarana ini sedikit sebanyak dijadikan landasan oleh ibu bapa yang mempunyai persekitaran, kemudahan serta pengalaman yang unik dan berbeza-beza, untuk menjadikannya panduan untuk mengatasi cabaran mendidik anak-anak. Walaupun demikian, setiap suatu usaha yang diambil oleh ibu bapa untuk terlibat lebih mendalam dengan pembelajaran anak di rumah sangatlah diharapkan. Apabila anak-anak mengetahui bahawa ibu bapa mereka sangat mengutamakan pendidikan, maka nilai pembelajaran menjadi begitu tinggi dalam diri mereka. Kerjasama erat antara pihak sekolah dan ibu bapa diharap dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa selaras dengan tema “Ibu Bapa Cemerlang Sekolah Gemilang”.





















No comments: