Thursday, March 14, 2019

Anugerah Nilam Daerah Pontian 2019



12 Mac 2019: Unit NILAM SMKB telah berjaya menghantar wakil peserta bagi Pertandingan Anugerah NILAM sekolah-sekolah Daerah Pontian pada 12 Mac 2019. Pertandingan ini diadakan di Pusat Kegiatan Guru, Pontian. 2 orang wakil telah dibawa ke pertandingan ini iaitu seorang wakil untuk NILAM Bahasa Melayu dan seorang wakil untuk NILAM Bahasa Inggeris . Hasil usaha gigih guru dan peserta, SMKB telah memenangi tempat kedua dalam pertandingan NILAM Bahasa Melayu iaitu Nur Ayunie Syafiqah bt Abd Ajis .


Tahniah diucapkan kepada semua guru dan peserta atas usaha gigih yang ditunjukkan hingga membuahkan kejayaan kepada sekolah. Semoga kejayaan ini dapat diteruskan di masa hadapan.




No comments: