Thursday, March 14, 2019

Pertandingan Bahas Ala Parlimen Daerah Pontian


4-5 Mac 2019: Persatuan Bahasa Melayu SMKB telah berjaya menghantar wakil peserta bagi pertandingan perbahasan peringkat Daerah Pontian pada hari Isnin dan Selasa, 4-5 Mac 2019. Lima orang wakil murid SMKB telah mewakili sekolah dalam pertandingan ini. Hasil usaha gigih guru dan murid, Smk Benut telah menjadi naib johan dalam pertandingan perbahasan Bahasa Melayu Daerah Pontian. Murid-murid yang telah mengharumkan nama sekolah dalam pertandingan ini ialah :


1.      Nur Ayunie Syafiqah
2.      Nur Fariza Syazwina
3.      Muhammad Sadiq Ifwat
4.      Muhammad Maaliki
5.      Muhammad Hafiz


Lebih membanggakan seorang murid SMKB telah dipilih sebagai Pembahas Terbaik perbahasan Bahasa Melayu Daerah Pontian iaitu Nur Ayunie Syafiqah. Unit Bahasa Melayu juga telah Berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan sahibba iaitu Dian Zulaikha bt Abd Rahman

Tahniah diucapkan kepada semua guru dan murid atas usaha gigih yang ditunjukkan hingga membuahkan kejayaan kepada sekolah. Semoga kejayaan ini dapat menjadi pemangkin untuk lebih maju jaya di masa hadapan














No comments: