Sunday, April 14, 2019

Kem Tahunan PKBM Peringkat Negeri Johor


10-13 April 2019: Unit PKBM SMKB telah berjaya menghantar wakil peserta bagi Kem Tahunan PKBM  Peringkat Negeri Johor selama empat hari (10-13 April 2019). Kem ini diadakan di Kem Batu 3/5 Melayu, Jalan Mersing. Seramai 29 murid bersama 6 orang guru pengiring mengikuti kem kali ini. Hasil usaha gigih guru dan peserta, pasukan SMKB telah memenangi beberapa kategori dalam kem tersebut iaitu:

·         No 2 kawat kaki senjata
·         No 3 keseluruhan rempuh halangan
·         No 8 keseluruhan pandu arah
·         No 8 keseluruhan menembak

Tahniah diucapkan kepada semua guru dan peserta atas usaha gigih yang ditunjukkan hingga membuahkan kejayaan kepada sekolah. Semoga kejayaan ini akan berterusan di masa hadapan.















No comments: