Tuesday, April 23, 2019

Program Jom Membaca Bersama 10 Minit


TARIKH  : 23 April  2019 (SELASA)
TEMPAT : SMK Benut

Program Jom Membaca Bersama 10 minit telah diadakan dengan jayanya pada 23 April 2019 dengan kerjasama daripada semua warga sekolah SMK Benut. Majlis ini telah berjalan dengan baik sebagaimana yang telah dirancangkan.

Objektif program ini dijalankan adalah untuk :

1) Menggerakkan program galakkan membaca.
2) Memupuk minat membaca secara berterusan. (khasnya semasa waktu cuti dan juga sepanjang hayat )
3) Mencungkil bakat murid menjadi kreatif dan kritis

            Semua murid dan guru telah sama-sama menjayakan program ini sebagai kempen nasional bagi mendorong komuniti menjayakan aktiviti membaca dalam keadaan yang menyeronokkan walau di mana mereka berada. Semoga program ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang.


















No comments: