Wednesday, September 24, 2014

Peperiksaan Psikometrik 2014

24 September 2014: SMK Benut telah menjalankan Peperiksaan Psikometrik PT3 yang dijalankan di dewan Baiduri dan Dewan Kecil.


Psikometrik ialah suatu bidang yang berkaitan dengan teori dan teknik dalam pengukuran pendidikan dan psikologi, merangkumi pengukuran pengetahuan, kemampuan, sikap dan personaliti. Pentaksiran psikometrik digunakan untuk mendapatkan lebih maklumat tentang kemampuan, kekuatan, kelemahan, bakat, sikap, potensi, minat dan personaliti seseorang individu bagi tujuan membantu dalam memperkembangkan potensi dan pertumbuhan individu itu.  Data yang diperoleh mampu memberikan maklumat yang menyeluruh tentang seseorang individu supaya individu itu dapat difahami sebagai seorang insan.

Setiap individu perlu mengenal diri bagi tujuan peningkatan dan pembangunan diri. Semua yang ingin dibangunkan, perkembangan intelek, emosi dan sosial, mesti diukur.

Pentaksiran psikometrik menggunakan instrumen pentaksiran yang tidak berasaskan kurikulum dan pengajaran-pembelajaran. Instrumen itu direka bentuk untuk mendapatkan maklumat secara kualitatif dan kuantitatif tentang keupayaan seseorang untuk bertindak balas dalam suatu cara tertentu yang bersifat am. Ujian ini mengukur kebolehan semula jadi (innate ability) dan kebolehan yang diperoleh (acquired ability) daripada pengalaman dan persekitaran. Prestasi murid tidak diukur  dan laporan adalah dalam bentuk deskriptif.Measuring knowledgeabilities and behaviourpsychometric assessment tools  aid the decision making process, but do not make the decision to select one child over the next(Munchinsky, 2003; Wilson, 2004).

Friday, September 19, 2014

Bersama Dr. Aris Bin Kasan (Setiausaha Bahagian, Bahagian pengurusan Sumber Manusia KPM)

18 September 2014: Pihak pengurusan sekolah telah menghantar wakil yang diketuai oleh GPK Pentadbiran En. Selamat Mon bersama-sama  En. Ahmad Shamsuddin Marin, En. Hazim dan En. Rauf untuk bersemuka dan berbincang dengan Dr. Aris Bin Kasan Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kementerian Pendidikan Malaysia.

Perbincangan ini adalah menjurus kepada melantik beliau sebagai penaung Alumni bagi Sambutan Jubli Emas SMK Benut yang akan disambut pada tahun 2015.

Dr. Aris Kasan merupakan bekas pelajar SMK Benut dan telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM pada tahun 1974.

Berikut adalah sedikit latar belakang perkhidmatan beliau:


JabatanBahagian Pengurusan Sumber Manusia
Tarikh Lahir15/09/1956
Tempat LahirPontian, Johor
Pendidikan1981  -  B.A. (Hons). Sains Sosial, UKM.
1987  -  M.A. (Management), University of Kent, Centerbury, UK.
2001  -  Ph. D. (Organizational Psychology) University of Manchester UK.



RINGKASAN PERKHIDMATAN
  • 1 Januari 1983
Urus Setia Perancangan Lembah Klang, Jabatan Perdana Menteri
  • 1987 hingga 1992
Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam
  • 1992 hingga 1995
Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear, Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar
  • 2001 hingga 2005
Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam
  • 2005 hingga November 2007
Intan Wilayah Tengah (INTENGAH)
  • Disember 2007 - 30 Jun 2013
Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam
  • 1 Julai 2013 - sekarang
Setiausaha Bahagian,
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM










 
 

 


Thursday, September 18, 2014

Meraikan Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum 2014

10 September 2014: Majlis Anugerah Kokurikulum merupakan salah satu program tahunan anjuran Unit Kokurikulum sekolah ini bagi mengiktiraf kecemerlangan pelajar dalam aktiviti kokurikulum. Pelajar yang berjaya dalam pertandingan, memegang jawatan dalam kegiatan kokurikulum dan terlibat secara aktif dalam kegiatan ini akan diberikan sijil atas penglibatan mereka
Menerusi Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum diharap dapat merangsang kecemerlangan pelajar dan guru-guru penasihat SMK Benut dalam aktiviti kokurikulum, serta dapat  meningkatkan pencapaian unit-unit iaitu Kelab & Persatuan, Unit Beruniform serta Sukan dan Permainan seterusnya meningkatkan markah pencapaian kokurikulum secara menyeluruh sama ada di peringkat sekolah , daerah, negeri mahupun antarabangsa.

 

 

 

Sekalung penghargaan kepada penerima Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum 2014 SMK Benut

 
 
 
 
 
 

Program Teknik Menjawab PT3

18 Sept 2014: Ceramah Teknik Menjawab PT3 telah dijalankan sepanjang cuti pertengahan semester ke-2 ini bagi memastikan kecemerlangan anak-anak pelajar tingkatan 3. 

Untuk mata pelajaran matematik, pihak pengurusan sekolah telah menjemput penceramah yang hebat dari SMK Ayer Baloi iaitu En. Mohd Salleh Bin Asmoni yang merupakan seorang Guru Cemerlang Matematik.

Sepanjang ceramah yang diberikan, murid-murid begitu teruja dengan beberapa tip yang diberikan oleh penceramah. Semoga dengan adanya program sebegini akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelajar dan seterusnya dapat memartabatkan nama baik sekolah.

Terima kasih kepada guru-guru yang terlibat dalam menjayakan program ini. "We Are The Best"

Thursday, September 11, 2014

Kem Sukan Sekolah (KSS) 1 Murid 1 Sukan SMK Benut


20 ogos 2014: SMK Benut telah menjalankan kem sukan di bawah dasar 1 murid 1 sukan. Berbagai aktiviti telah dijalankan bagi memenuhi dasar yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sebagaimana yang diutarakan oleh Perdana Menteri kita, Datok Seri Najib Bin Tun Abdul Razak 1 murid 1 sukan amat bermakna dalam  memupuk semangat perpaduan kaum antara murid. Sememangnya gagasan 1 Murid 1 Sukan memberi nafas baru kepada murid-murid untuk melakukan aktiviti sukan yang diminati oleh mereka bagi setiap individu. Semoga konsep 1 Murid 1 Sukan dapat dihayati oleh semua murid supaya semua murid peka terhadap bakat yang mereka ada. Oleh itu, kita perlu bersinergi untuk mengasah bakat murid-murid yang dianugerahkan oleh Allah untuk menajamkan bakat yang sedia ada. Bak kata pepatah, belakang parang lagi diasah akan tajam jua. Sekiranya, murid-murid dapat memahami konsep 1 Murid 1 Sukan, maka negara Malaysia akan menjadi negara yang dipandang tinggi oleh negara lain.

Terimakasih kepada semua guru yang terlibat dalam menjalankan program ini. Semoga SMK Benut terus sukses. We Are The Best.

Monday, September 8, 2014

Tahniah!! SMK Benut Mencapai Taraf 5 Bintang Dalam Penarafan SPSK

8 September 2014: SMK Benut telah didatangi oleh 3 orang verifikator yang diketuai oleh Penolong Pegawai Pendidikan Pontian En. Nazarali Bin Ali. Bersama-sama dengan beliau ialah En. Mohd Shaphri Bin Mohd Yusof (GPK Pentadbiran SMK Dato' Penggawa Barat) dan Cik Mahida (GPK Pentadbiran SMK Dato' Ali Hj. Ahmad).

Sepanjang penilaian yang dilakukan, semua verifikator berpuashati dengan dokumen-dokumen yang disediakan dan mencapai standard yang digariskan dalam SPSK.

Tahniah kepada SMK Benut kerana mencapai sasaran dengan skor 97.9. Semoga usaha dan kerjasama dari semua guru akan terus dipertingkatkan lagi. "We Are The Best".

Tuesday, September 2, 2014

Selamat Menjalani Peperiksaan Percubaan SPM 2014



Seramai 175 calon SPM 2014 sedang menjalani peperiksaan Percubaan SPM. Berdasarkan data peperiksaan, sasaran ETR kali ini ialah GPS 4.0 berbanding dapatan data SPM 2013 dengan GPS 5.17. Semoga semua calon bersedia menghadapi dan seterusnya menyahut cabaran. Kami warga SMKB mendoakan kejayaan anda. "We Are The Best"