Monday, February 28, 2011

Tahniah Pasukan Petanq SMK Benut 2011



28 Februari 2011 – Pada hari Sabtu, 26 Februari 2011, telah diadakan Pertandingan Petanq Angkasa Peringkat Negeri Johor. Terdapat 40 pasukan yang mewakili 10 daerah dalam negeri Johor mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Pertandingan tersebut dibahagikan kepada dua kategori, iaitu kategori Lelaki dan kategori Perempuan. Setiap daerah menghantar empat pasukan yang terdiri daripada dua pasukan lelaki dan dua pasukan perempuan.

SMK Benut telah diberi kepercayaan untuk mewakili daerah Pontian dengan menghantar satu pasukan lelaki dan satu pasukan perempuan. Keputusan CEMERLANG telah diperoleh oleh pasukan yang dihantar. Pasukan lelaki mendapat tempat KETIGA manakala pasukan perempuan mendapat tempat JOHAN.

Pasukan lelaki terdiri daripada Mohd Helmi Bin Md Raus (PU3), Mohd Shafie Bin Hamzah (5 Ibnu Khaldun) dan Mohd Syafiq bin Mohd Apandi (4 Ibnu Rusyd). Pasukan perempuan pula terdiri daripada Nur Ili Farhana Binti Baharudin (5 Ibnu Sina), Nurul Husna Binti Saiman (5 Ibnu Rusyd) dan Intan Noramalina Binti Jamaludin (4 Ibnu Rusyd).

 Tahniah dan terima kasih turut diucapkan kepada Encik Mohd Khairul Bin Zainal (Pengurus Pasukan), Encik Abdul Rahman Bin Zainal (Ketua Jurulatih), Encik Md. Anishak Bin Ahmad (Jurulatih Pasukan Lelaki) dan Cik Rohaida Binti Abd. Ghani (Jurulatih Pasukan Perempuan) yang memberikan tenaga, tunjuk ajar dan masa dalam melatih dan mendidik peserta pertandingan sehingga mencapai kejayaan yang CEMERLANG.

Syabas dan tahniah diberikan kepada pasukan perempuan kerana telah berjaya terpilih mewakili negeri 
Johor ke peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Kemaman, Terengganu. Tarikhnya belum ditentukan lagi.

Semua pemain dan pegawai mendedikasikan kejayaan ini kepada Encik Hasnan Bin Jaffar (Pengetua, SMK Benut) sempena persaraan beliau pada 2 Mac 2011. 











No comments: