Saturday, February 12, 2011

Larian Perdana Mahkota Johor 2011


12 Februari 2011 – Larian Perdana Mahkota telah berjaya diadakan pada hari ini. SMK Benut tidak ketinggalan turut menyertai program yang diadakan serentak seluruh negeri Johor yang diarahkan oleh Jabatan Pelajaran Johor sempena pelancaran Program 1 Murid 1 Sukan (1M1S) bermula jam 8.00 pagi.

Larian sejauh 1.5 kilometer telah berjaya dilaksanakan oleh para pelajar serta guru melalui laluan yang telah ditetapkan oleh Unit Sukan, SMK Benut. Antara laluan yang dilalui, iaitu Jalan Jaafar, Jalan Muhibbah, dan Jalan Merdeka.

Encik Hasnan Bin Jaffar (Pengetua, SMK Benut) dalam ucapannya memaklumkan bahawa beliau sangat gembira atas sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh para pelajar dalam menjayakan program ini. Hampir 70  peratus pelajar turut serta dalam program ini. Beliau telah sudi menyampaikan hadiah kepada para peserta mengikut kategori yang berjaya sehingga ke tempat kelima. Sokongan daripada kalangan guru bagi menjayakan program ini turut dihargai dengan menerima hadiah sehingga ke tempat kelima yang berjaya menamatkan larian.

Berikut senarai nama peserta yang berjaya mendapat JOHAN mengikut kategori :

BIL
NAMA PEMENANG (JOHAN)
TING
KATEGORI
1
MOHD AZRI BIN DAIM
4AF
LELAKI A
2
MOHD HISHAMUDDIN BIN BAHRIM
3AF
LELAKI B
3
DAENG MOHD QAYYUM BIN EMBOK ELAH
1IK
LELAKI C
4
SITI NUR FALAHIAH
PU2
PEREMPUAN A
5
ERA SHAHIRAH BINTI BACHOK
2AK
PEREMPUAN B
6
SYAMIRA BINTI ABD AZIZ
1AK
PEREMPUAN C
7
YUSOF BIN JASMAN

GURU LELAKI
8
HAFIZAH BINTI ABDULLAH

GURU PEREMPUAN

Warga SMK Benut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pelajar yang mengambil bahagian. Pelajar turut mendapat 4 mata dalam markah kokurikulum serta sijil penyertaan. 
 





























No comments: