Monday, February 14, 2011

Pelancaran Bulan Penghayatan Sains, Matematik dan ICT 2011


14 Februari 2011 – Majlis Pelancaran Bulan Penghayatan Sains, Matematik dan ICT (bulan Februari hingga Mac) telah berjaya dirasmikan oleh Encik Hasnan Bin Jaffar (Pengetua, SMK Benut) pada perhimpunan pagi di dataran perhimpunan  SMK Benut.

Program ini bermatlamat melahirkan para pelajar yang berketrampilan serta mengembangkan bakat pelajar dalam pelbagai bidang sains dan teknologi selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Matlamat Pendidikan Negara. Secara tidak langsung dapat membantu mempertingkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran dari segi kualiti dan kuantiti dalam peperiksaan PMR, SPM dan STPM.

Pelbagai aktiviti telah dirancang untuk penglibatan secara menyeluruh kepada para pelajar SMK Benut. Antara aktiviti yang akan dilaksanakan, iaitu explorace, pertandingan mereka bentuk dan melancarkan roket, pertandingan melukis carta sains, buku skrap sains, penanda buku, peta minda, aktiviti melukis mural, kuiz spontan, pertandingan membuat dapur solar, kuiz sains, matematik, ICTL, Fun with math and science dan G-math.
                                                          
Encik Hasnan bin Jaffar dalam ucapannya meminta para pelajar supaya minat yang lebih kepada mata pelajaran Sains, Matematik dan ICT dan mengharapkan prestasi pencapaian terutama peratus kelulusan lebih baik dan memastikan kejayaan yang berterusan cemerlang.

Pada majlis tersebut juga, Panitia Sains dan Matematik turut mengadakan pameran di makmal sains. Pelbagai bahan eksperimen ditunjukkan dan boleh dilakukan sendiri. Pertandingan kuiz spontan turut diadakan kepada para pelajar.

Warga SMK Benut mengharapkan semua pelajar menyertai semua program yang telah disusun dalam bulan penghayatan Sains, Matematik dan ICT.











Video Khas Semasa Pelancaran Bulan Penghayatan Sains, Matematik dan ICT











No comments: