Monday, February 28, 2011

Sambutan Maulidur Rasul 1432 H / 2011 M


25 Februari 2011 – Sambutan Maulidur Rasul 1432 H / 2011 M peringkat sekolah telah berjaya diadakan pada hari ini dengan suasana yang sederhana namun tetap disambut dengan meriah oleh warga SMK Benut.
Sambutan Maulidur Rasul kali ini anjuran bersama SMK Benut (dikelolakan oleh Panitia Pendidikan Islam) dengan kerjasama Asrama (Asli) SMK Benut. Sebelum pelajar dibenarkan masuk ke dalam Dewan Baiduri, SMK Benut, para pelajar bersama-sama guru-guru telah berarak dengan berselawat sepanjang perjalanan yang telah ditetapkan.

Ustaz Sallehuddin Bin Md Jaafar (Guru Pendidikan Islam, SK Penerok, Kukup) telah diundang sebagai penceramah pada majlis tersebut dengan ceramah yang bertemakan 1Malaysia, 1Ummah. Sebelum itu, para pelajar telah mengikuti bacaan doa, bacaan Al-Quran dan terjemahan, berzanji serta marhaban, persembahan nasyid dan kuiz sejarah Rasul.

Sambutan Maulidur Rasul ini diadakan dengan matlamat untuk memperingati dan mencontohi perjuangan akhlak Rasulullah S.A.W. Semoga program yang diadakan ini dapat dimanfaatkan oleh semua pelajar dan mengaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Jawatankuasa Pengelola merakamkan terima kasih dan penghargaan kepada keluarga Encik Zahid Bin Khamis (Sri Medan, Batu Pahat) yang menyumbangkan seekor lembu, Syarikat Faiza  Sdn Bhd (beras) dan orang perseorangan yang menyumbang dalam bentuk wang dan tenaga serta semua warga SMK Benut yang menjayakan majlis ini.





























No comments: