Friday, March 25, 2011

Tahniah Pencapaian Terbaik SPM 2010



24 MAC 2011 – Warga SMK Benut mengucapkan sekalung penghargaan dan tahniah kepada para pelajar Tingkatan Lima tahun 2010 yang telah berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2010 yang telah diumumkan secara rasmi pada 23 Mac 2011.

Seramai 203 orang pelajar yang mengambil peperiksaan ini pada tahun 2010. Seterusnya, seramai 187 orang yang telah berjaya mendapat sijil lulus, iaitu 92.12 peratus lulus dan 5.73 peratus gred purata sekolah.
Berikut prestasi pencapaian peratus mata pelajaran SPM tahun 2010 :

Bil
Mata Pelajaran
Peratus Lulus
Gred Purata Sekolah
1
BAHASA MELAYU
92.57
4.66
2
BAHASA INGGERIS
66.01
7.08
3
PENDIDIKAN ISLAM
84.28
4.95
4
PENDIDIKAN MORAL
90.91
4.25
5
SEJARAH
72.91
6.44
6
MATHEMATICS
76.62
5.86
7
SCIENCE
89.05
5.56
8
KESUSASTERAAN MELAYU
61.29
8.03
9
PENDIDIKAN SENI VISUAL
100
4.17
10
MATEMATIK TAMBAHAN
92.19
5.17
11
PERDAGANGAN
68.82
7.71
12
PRINSIP PERAKAUNAN
100
4.45
13
EKONOMI ASAS
75
7.05
14
ICT
100
6.00
15
FIZIK
100
3.61
16
KIMIA
93.65
5.62
17
BIOLOGI
96.88
6.16
18
PENGETAHUAN SAINS SUKAN
82.5
6.75
19
TASAWWUR ISLAM
96.51
4.67
20
BAHASA CINA
95.45
4.61

Warga SMK Benut merakamkan tahniah kepada dua orang pelajar yang berjaya dengan cemerlang dengan mendapat 8A dan dua orang pelajar yang berjaya mendapat 7A. Berikut senarai pelajar yang berjaya :

Bil
Nama Pelajar
Pencapaian Terbaik
8A
1
JOESEPH HO ZU XU
4[A+] 2[A] 1[A-] 2[B+] 1 [C+]
2
NURHAIRULAMRI BIN KOSNAN
1[A+] 2[A] 5[A-] 1[B] 1[C+]
7A
3
IVY GOH XUE NING
4[A+] 2[A] 1[A-] 2[B+] 1[C+]
4
HAIRULNISAH BINTI KOSNAN
2[A+] 1[A] 4[A-] 1[B+] 1[B]

Encik Hasnan Bin Jaffar (Mantan Pengetua, SMK Benut) telah menunaikan janji dengan memberikan hadiah wang tunai berjumlah RM50.00 kepada pelajar Tingkatan 5 Al Biruni yang berjaya mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu bagi peperiksaan SPM. Seramai dua orang pelajar yang telah berjaya, iaitu NUR FARISYA FATEHA BINTI MOHD YUSOF dan MOHAMMAD RIZAL BIN RAHMAN. Syabas dan tahniah diucapkan.
  













Pelajar Cemerlang 8A [dari kiri JOESEPH HO ZU XU dan NURHAIRULAMRI BIN KOSNAN]

No comments: