Friday, October 14, 2011

Majlis Pemerkasaan Pelajar Ponteng SPM 2011



Majlis Pemerkasaan Pelajar Ponteng bagi calon-calon SPM 2011 telah berjaya diadakan bertempat di bilik Perpustakaan bermula jam 8.30 pagi sehingga 11.45 pagi pada hari Selasa, 11 Oktober 2011.

Turut hadir dalam perjumpaan ini, Encik Mastura Aladdin Bin Masro (Pengetua Cemerlang, SMK Benut), Puan Hajah Azizah Binti Omar (PK HEM, SMK Benut), Puan Hajah Noryani Binti Nandar (Kaunselor Pelajar, SMK Benut), Encik Ismail Bin Ali (Guru Disiplin, SMK Benut).

Program ini diadakan khas membincangkan masalah disiplin dan ponteng sekolah yang melibatkan seramai 36 orang pelajar (fokus pelajar tingkatan 5 yang menduduki peperiksaan SPM 2011) yang telah dikenal pasti oleh pihak sekolah bersama dengan ibu bapa atau penjaga.

Antara agenda program yang dijalankan, iaitu tayangan video oleh guru disiplin, perkongsian impak ponteng oleh guru kaunselor, perbincangan pencapaian keputusan Percubaan SPM 2011, sesi dialog pihak pengurusan sekolah bersama ibu bapa dan akujanji pelajar tidak akan mengulangi masalah tersebut. Pihak sekolah juga telah memaklumkan kesan ponteng yang melebihi 60 hari dan tindakan selanjutnya, iaitu pelajar boleh dibuang sekolah.

Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa atau penjaga yang dapat hadir dalam perjumpaan khas ini. Semoga kerjasama yang diberikan dapat diteruskan bagi memastikan SMK Benut terus cemerlang dalam menghasilkan kemenjadian pelajar supaya menjadi generasi yang berilmu, berupaya menghadapi cabaran dan boleh menyumbang terhadap keharmoniaan dan kesejahteraan agama, bangsa dan negara.











No comments: