Friday, October 21, 2011

IMSAK SPM 2011



21 Oktober 2011 – Perjumpaan khas kepada para pelajar Tingkatan 5 pada hari ini telah diadakan khusus untuk memaklumkan pengisian waktu belajar semasa cuti sekolah selama 5 hari.

Puan Afidah Binti Salleh (Guru Kanan Bahasa) mewakili pihak pentadbir telah memaklumkan pelaksanaan aktiviti IMSAK diperkenalkan kepada para pelajar SPM 2011 yang merupakan antara aktiviti dalam Program Peningkatan Akademik SPM yang perlu pelajar patuhi semasa cuti sekolah selama 5 hari dan seterusnya sehingga peperiksaan SPM sebenar. Beliau turut menyatakan bahawa jadual aktiviti IMSAK dapat dijadikan panduan kepada para pelajar untuk digunakan bagi pengisian waktu semasa cuti sekolah di rumah. Di samping itu, aktiviti IMSAK ini dapat memastikan pelajar terus membuat latih tubi atau mengulang kaji pelajaran terutama semasa berada di rumah.

Pada perjumpaan ini juga, para pelajar telah diberikan bahan latih tubi contoh-contoh penulisan (Latihan Jawahir) bagi  mata pelajaran Bahasa Melayu untuk tugasan pemantapan penulisan semasa cuti sekolah. Selain itu, tips menghadapi peperiksaan turut diedarkan oleh Unit Bimbingan dan Kauseling sebagai panduan untuk tindakan para pelajar contohi dan praktikkan.

Diharap para pelajar mematuhi jadual aktiviti IMSAK yang disusun amat baik ini bagi memastikan kecemerlangan yang berterusan sebelum dan semasa menghadapi peperiksaan sebenar.

















No comments: