Wednesday, April 19, 2017

Kejohanan Bola Jaring MSSD Pontian

17-19 April 2017: Unit Sukan SMKB telah berjaya menghantar wakil peserta bagi Kejohanan Bola Jaring MSSD Pontian selama tiga hari (17, 18 dan 19 (P12) April 2017). Pertandingan Bola Jaring ini diadakan di KKBN Pulai Sebatang, Pontian. Dua pasukan telah dibawa ke pertandingan ini iaitu P18 dan P15. Hasil usaha gigih guru dan pemain, pasukan P18 telah memenangi tempat kedua (naib johan) menentang 16 wakil dari setiap sekolah di daerah Pontian. Keputusan penuh pertandingan adalah seperti berikut :

P18
Johan              – SMK Telok Kerang
Naib Johan      – SMK Benut
Ketiga             – SMK Kukup
Keempat         – SMK Dato’ Penggawa Barat



Tahniah diucapkan kepada semua guru dan pemain atas usaha gigih yang ditunjukkan hingga membuahkan kejayaan kepada sekolah. Semoga pasukan Bola Jaring SMKB akan lebih maju jaya di masa hadapan













No comments: