Monday, April 10, 2017

Perbahasan Bahasa Cina Daerah Pontian

8 April 2017: Persatuan Bahasa Cina SMKB telah berjaya menghantar wakil peserta bagi pertandingan perbahasan Bahasa Cina peringkat Daerah Pontian pada hari Sabtu, 8 April 2017. Enam orang wakil murid SMKB telah mewakili sekolah dalam pertandingan ini. Hasil usaha gigih guru dan murid, smk benut telah menjadi johan dalam pertandingan perbahasan Bahasa Cina Daerah Pontian. Murid-murid yang telah mengharumkan nama sekolah dalam pertandingan ini ialah :

1.      Tan Li Jun
2.      Tang Hua Bing
3.      Jolene Tee Jia Er
4.      Chua Jingle
5.      Low Jia Hui
6.      Tan Kei Ven

Lebih membanggakan seorang murid SMKB telah dipilih sebagai Pembahas Terbaik perbahasan Bahasa Cina Daerah Pontian iaitu Chua Jingle .

Tahniah diucapkan kepada semua guru dan murid atas usaha gigih yang ditunjukkan hingga membuahkan kejayaan kepada sekolah. Semoga kejayaan ini dapat menjadi pemangkin untuk lebih maju jaya di masa hadapan



















No comments: