Thursday, April 20, 2017

Pertandingan Kawad Kaki Daerah Pontian

19 April 2017: Unit Sukan SMKB telah berjaya menghantar wakil peserta bagi Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Badan Beruniform  Daerah Pontian pada 19 April 2017 (Rabu). Pertandingan Kawad kaki ini diadakan di SMK Telok Kerang, Pontian. Seramai 482 orang murid beserta 33 orang guru pengiring telah menyertai pertandingan ini. Terdapat beberapa kategori untuk pertandingan Kawad Kaki ini iaitu:

1)      Kadet Remaja Sekolah (Lelaki)
2)      Kadet Remaja Sekolah (Perempuan)
3)      Agensi Kerajaan (Go-Lelaki)
4)      Agensi Kerajaan (Go-Perempuan)
5)      Agensi Kerajaan (Ngo-Lelaki)
6)      Agensi Kerajaan (Ngo-Perempuan)

Hasil usaha gigih guru dan murid, pasukan Kadet Remaja Sekolah (Perempuan) SMK Benut telah memenangi johan kategori tersebut menewaskan SMK Dato Penggawa Barat di tempat kedua manakal SMK Sri Tanjung di tempat yang ketiga.

Kadet Remaja Sekolah (Perempuan)
Johan              – SMK Benut
Naib Johan      – SMK Dato Penggawa Barat
Ketiga             – SMK Sri Tanjung
Tahniah diucapkan kepada semua guru dan pemain atas usaha gigih yang ditunjukkan hingga membuahkan kejayaan kepada sekolah. Semoga pasukan Kadet Remaja Sekolah SMKB akan lebih maju jaya di masa hadapan











No comments: