Monday, April 5, 2010

Pelancaran Buku Pemantauan Pelajar Semasa P&P


5 April 2010 – Majlis pelancaran Buku Pemantauan Pelajar Semasa Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Kelas telah dilancarkan di perhimpunan mingguan rasmi SMK Benut pada hari ini. Puan Hajah Halijah Binti Ismaila (Jawatankuasa Unit Disiplin, SMK Benut) memaklumkan kepada para pelajar betapa pentingnya buku pemantauan tersebut.

Objektif buku pemantauan pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran ini merupakan cara pihak sekolah memastikan sifar ponteng semasa pengajaran dan pembelajaran dalam kelas dan seterusnya sifar disiplin pelajar. Buku ini perlu diisi sebelum memulakan pembelajaran dan dipulangkan kembali ke pejabat selepas sesi persekolahan.

Kerjasama semua guru untuk mencatat atau merekod disiplin pelajar perlu bagi memastikan pelajar tidak mengulangi kesalahannya.

Tuan Haji Mohd Rohman Bin Sangkerah (Guru Penolong Kanan Kokurikulum) telah sudi memberikan buku tersebut kepada ketua-ketua kelas, iaitu tingkatan satu sehingga Pra Universiti sebagai simbolik bermulanya program tersebut.

Warga SMK Benut mengharapkan program yang dirancang dapat dijalankan dan seterusnya objektif yang dikehendaki oleh pihak sekolah tercapai.


























No comments: