Sunday, April 11, 2010

Program Khidmat Masyarakat Pra Universiti


8 April 2010 – Program Khidmat Masyarakat Pelajar Pra Universiti telah berjaya diadakan pada hari ini bermula jam 1.50 petang dan tamat 3.00 petang. Program ini diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Benut. Program yang bertujuan untuk menyemai dan melatih para pelajar Pra Universiti dalam aktiviti bekerjasama dan menanam sikap bermasyarakat. Selain itu, program ini merupakan aktiviti wajib bagi semua pelajar pra universiti. Antara aktiviti yang dilaksanakan seperti mengemas dan membersihkan bilik rawatan, membersihkan surau dan kawasan surau, membersih dan mengemas stor sukan dan membersihkan bilik guru baru pensyarah Pra Universiti.










No comments: