Tuesday, April 13, 2010

Pelancaran Bulan Penghayatan BM, BI & BC


12 April 2010 – Majlis pelancaran Bulan Penghayatan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina sepanjang bulan April sehingga Mei telah berjaya disempurnakan oleh Encik Hasnan bin Jaffar (Pengetua, SMK Benut) pada perhimpunan mingguan rasmi hari ini. Beliau telah sudi memotong reben sebagai simbolik bermulanya program ini.

Pelbagai aktiviti bulan penghayatan Bahasa Melayu telah dirancang untuk menjayakan program ini, iaitu pengucapan umum, pertandingan menulis esei dan cerpen, ulasan buku, pertandingan sahiba, mencipta dan mendeklamasikan puisi, teka silang kata, pertandingan membuat buku skrap, pidato / syarahan serta kuiz bahasa atau komsas. Begitu juga aktiviti yang berkaitan dengan bahasa Inggeris dan bahasa Cina boleh para pelajar sertai dengan pertandingan-pentandingan yang telah diaturkan.

Diharap para pelajar mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang disediakan.
















No comments: