Thursday, April 1, 2010

Perlawanan Sepak Takraw L12 MSSD Pontian 2010


1 April 2010 – Perlawanan Sepak Takraw L12 peringkat MSSD Pontian telah bermula pada hari ini bertempat di Dewan Baiduri, SMK Benut bermula jam 9.00 pagi dan tamat jam 4.00 petang.

Pertandingan mengikut zon sekolah-sekolah rendah di daerah Pontian, iaitu Zon Benut, Zon Bandar, Zon Kukup dan Zon Pekan Nanas.

Keputusan rasmi perlawanan ini dimenangi oleh :

Pasukan Sekolah
Keputusan
ZON KUKUP                  (KUMP. B)
JOHAN
ZON PEKAN NANAS    (KUMP. A)
NAIB JOHAN
ZON BENUT                   (KUMP. A)
KETIGA
ZON BENUT                   (KUMP. B)
KEEMPAT

Sijil dan piala telah disampaikan oleh Tuan Haji Hasnan Bin Jaffar (Pengetua, SMK Benut).

Tahniah dan syabas kepada pasukan yang berjaya dengan cemerlang dan yang tidak berjaya, berusaha lagi di tahun hadapan. Insyaallah.

Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Sepak Takraw (SMK Benut), mengucapkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Para Pengetua dan Para Guru Besar sekolah-sekolah di daerah Pontian,  para pengadil, para pengurus pasukan dari sekolah yang bertanding, guru-guru SMK Benut, para pemain L18, L15 dan L12 yang menunjukkan kecemerlangan dalam perlawanan dan kepada para pelajar yang terlibat secara langsung dan tidak langsung selama 3 hari perlawanan sepak takraw peringkat MSSD Pontian ini diadakan di Dewan Baiduri, SMK Benut. Terima kasih dan jumpa lagi.

 JOHAN - ZON KUKUP
 NAIB JOHAN - ZON PEKAN NANAS
 JOHAN - ZON KUKUP
NAIB JOHAN - ZON PEKAN NANAS
 ZON KUKUP & ZON PEKAN NANAS
 URUSETIA SMK BENUT
 ZON KUKUP
 ZON BENUT
 ZON PEKAN NANAS


 ZON KUKUP


 ZON BENUT

 ZON PEKAN NANAS

 ZON PEKAN NANAS
 ZON KUKUP

No comments: