Monday, September 10, 2012

Jamuan Hari Raya Aidilfitri KEBIRU 2012



8 September – Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran Kelab Bilik Guru dan Kakitanan Staf Sokongan (KEBIRU) telah berjaya diadakan pada hari ini bermula jam 8.30 malam bertempat di Dewan Baiduri, SMK Benut.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah mantan Pengetua, iaitu Tuan Haji Hashim Bin Mohd Dom, Encik Hasnan Bin Jaffar, dan Puan Hajah Rohani binti A. Manaf. Kemeriahan majlis ini bermula solawat dan marhaban beramai-ramai oleh anak-anak warga KEBIRU. Persembahan nyanyian lagu raya turut diadakan serta permainan bunga api.

Kemuncak acara pemberian duit raya oleh Encik Mastura Aladdin Bin Masro (Pengetua, SMK Benut) kepada anak-anak KEBIRU yang hadir pada malam itu.

Jawatankuasa KEBIRU mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir dan Selamat Hari Raya.













No comments: