Monday, September 10, 2012

Kunjung Kasih Aidilfitri 2012



6 September – Majlis Kunjung Kasih Aidilfitri telah berjaya diadakan walaupun secara ringkas tetapi penuh bermakna kepada para pelajar yang terlibat. Majlis yang diadakan bertujuan untuk melatih dan memberikan bimbingan dalam menguruskan pengendalian majlis oleh setiap tingkatan satu, dua, tiga dan empat. 

Majlis bermula jam 1.10 petang, iaitu waktu terakhir sebelum pelajar dibenarkan pulang. Pelbagai juadah disediakan untuk memeriahkan majlis ini. Kunjungan daripada pihak pentadbiran disambut dengan penuh meriah dan mengikut adat resam dan budaya Melayu.











No comments: