Tuesday, October 16, 2012

Majlis Penutupan Program Sayang di Sayang



15 Oktober 2012 – Majlis Penutupan Program Sayang di Sayang khusus kepada para penghuni asrama (Asli) SMK Benut telah berjaya dirasmikan oleh Encik Mastura Aladdin Bin Masro (Pengetua, SMK Benut) pada malam Isnin, 15 Oktober 2012 bertempat di Dewan Makan, Asrama (Asli) SMK Benut.

Turut hadir dalam majlis ini, Puan Hajah Azizah Binti Haji Omar (Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid), Tuan Haji Abd Razak Bin Nasiran (Guru Penolong Kanan Tingkatan Enam), Encik Ahmad Shamsuddin Bin Marin (Guru Kanan Sains dan Matematik), Tuan Hj. Mohamad Noh Bin Bilah (Guru Kanan Sains Kemasyarakatan), Encik Ismail Bin Ali (Guru Disiplin, SMK Benut), Puan Hajah Noryani Binti Nandar (Penyelaras Program Sayang di Sayang merangkap Guru Kaunselor SMK Benut), warden dan pembantu warden.

Pada majlis ini turut diadakan kuiz tayangan klip video yang mempunyai mesej serta pengajaran dan seterusnya pertandingan kuiz spontan oleh Penyelaras Program.

Kemuncak majlis ini ialah penyampaian cenderahati kepada para penghuni asrama yang berjaya memenangi pertandingan yang diadakan seperti larian 5000 langkah, latihan dalam kumpulan, pertandingan kuiz tayangan klip video serta kuiz spontan.

Semoga program ini dapat menjadikan sahsiah dan tingkah laku para penghuni lebih baik serta merapatkan hubungan silaturahim antara satu sama lain dan akhir sekali sentiasa mendisiplinkan diri sebagai penghuni asrama dengan mematuhi peraturan dan disiplin asrama.










  

No comments: