Monday, October 8, 2012

Majlis Restu Ilmu PMR 2012



8 Oktober 2012 – Majlis Restu Ilmu PMR 2012 telah berjaya diadakan pada hari ini bermula jam 8.30 pagi di Sanggar Kokurikulum. Program ini diadakan agar murid-murid terutama pelajar Tingkatan Tiga yang akan menduduki PMR 2012 jelas dalam mindanya bahawa para guru telah redha dalam mencurahkan segala ilmu yang baik demi kejayaan cemerlang mereka. PMR yang akan menjelang ada kalanya memberikan tekanan kepada para murid. Semoga dengan adanya Majlis Restu Ilmu ini dapat meningkatkan semangat juang dan keyakinan murid untuk menghadapi PMR 2012 yang akan bermula pada hari Selasa, 9 Oktober 2012 sehingga 16 Oktober 2012.

Objektif program ini juga dilaksanakan supaya mendapat keizinan ilmu yang dicurahkan kepada anak didik. Selain itu, dapat memberikan amanat tentang peri pentingnya ilmu yang baik untuk dunia dan akhirat. Seterusnya, dapat mengeratkan hubungan kemanusiaan antara pendidik dengan murid. Akhir sekali, dapat membantu mengurangkan stres dan dapat meningkatkan semangat juang kepada murid.

Majlis ini dikelolakan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling, SMK Benut dengan kerjasama pihak pentadbiran sekolah. Majlis ini dirasmikan oleh Encik Selamat Bin Haji Mon (Penolong Kanan Pentadbiran, SMK Benut). Turut hadir dalam majlis ini guru-guru yang mengajar Tingkatan Tiga.

Pada majlis ini turut diberikan cenderahati kepada semua murid tingkatan tiga melalui wakil ketua kelas yang disampaikan oleh Encik Selamat Bin Haji Mon (Penolong Kanan Pentadbiran, SMK Benut).  Kemuncak majlis ini ialah majlis memohon restu dengan bersalaman antara guru dan murid tingkatan tiga.

Warga SMK Benut mendoakan kejayaan yang cemerlang dan selamat menduduki peperiksaan dengan hati yang tenang, dapat menjawab semua soalan dengan baik dan berjaya dengan pencapaian keputusan yang cemerlang. Insyaallah.











No comments: