Tuesday, October 2, 2012

Program Lawatan Sambil Belajar ke Melaka



1 Oktober 2012 – Program Lawatan Sambil Belajar ke Kolej Komuniti Bukit Beruang, dan Melaka Planetarium di Melaka telah berjaya dilaksanakan oleh seramai 38 orang pelajar dan dua orang guru pengiring. Lawatan selama sehari yang diadakan pada hari ini merupakan program kerjaya siri kedua dalam tahun ini.

Program yang melibatkan pelajar tingkatan empat Ibnu Sina, Ibnu Rusyd dan Ibnu Khaldun yang turut melibatkan pelajar Melayu dan pelajar Cina (RIMUP) yang dikelolakan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling, SMK Benut di bawah pimpinan Puan  Asiah Binti Abd Aziz (Guru Kaunselor Cemerlang, SMK Benut).

Pelbagai info pendidikan dan peluang kerjaya disampaikan kepada para peserta lawatan. Di samping itu, dapat menyuntik semangat untuk terus cemerlang daam pelajaran. Semoga lawatan ini dapat memberikan banyak faedah kepada para peserta lawatan.












No comments: