Monday, October 29, 2012

Pelancaran Kem Membaca 1Malaysia 2012




24 Oktober 2012 – Pelancaran Program Read 2012 : One Nation Reading Together sempena Kem Membaca 1Malaysia (KM1M 2012) telah berjaya dilancarkan oleh Puan Hajah Azizah Binti Haji Omar (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, SMK Benut) bertempat di Dewan Baiduri, SMK Benut pada jam 9.30 pagi. Warga SMK Benut turut melaksanakan aktiviti membaca buku serentak di seluruh negara selama 34 minit pada hari itu sebaik sahaja perasmian pelancaran dilakukan.

Pelbagai aktiviti telah diadakan oleh Jawatankuasa KM1M  2012 yang bermula 22 Oktober sehingga 25 Oktober seperti pertandingan pidato, perbahasan, public speaking, choral speaking, projek kitar semula, 10 minit bersama buku atau resensi buku serta jejak maklumat atau klinik membaca. Sasaran kepada semua pelajar SMK Benut daripada 3 kategori, iaitu menengah rendah (tingkatan 1 – 3), menengah atas (tingkatan 4 – 5) dan Tingkatan 6 (senior dan junior). Sambutan dan penglibatan yang amat menggalakkan daripada warga SMK Benut dalam semua aktiviti yang dilaksanakan amat cemerlang.

Program KM1M 2012 bermatlamat untuk membina tabiat membaca dalam kalangan murid sekolah dan pemangkin kepada proses pembelajaran sepanjang hayat. Seterusnya, objektifnya untuk mengisi masa lapang pelajar, menggerakkan program galakkan membaca, memupuk minat membaca secara berterusan dan menjadikan pusat sumber sekolah sebagai tempat rujukan bahan bacaan.

Diharap program ini dapat menyuntik minat warga SMK Benut untuk terus membaca dan menjadikan sebagai budaya dalam kehidupan seharian. 




No comments: