Monday, October 8, 2012

Penyampaian Sijil Kecemerlangan Peperiksaan Percubaan SPM dan STPM 2012



8 Oktober 2012 – Majlis Penyampaian Sijil Kecemerlangan Peperiksaan Percubaan SPM dan STPM 2012 telah berjaya disempurnakan oleh Encik Selamat Bin Haji Mon (Penolong Kanan Pentadbiran, SMK Benut) pada hari ini semasa perhimpunan khas mingguan bertempat di Dataran Baiduri.

Seramai 13 orang pelajar (SPM) dan 10 orang pelajar (STPM) telah diraikan dalam majlis ini. Mereka telah menunjukkan prestasi peningkatan yang cemerlang dalam keputusan peperiksaan percubaan SPM dan STPM yang telah diadakan sepanjang bulan September.

Kejayaan yang dicapai oleh mereka diharap dapat menyuntik semangat dan kesungguhan untuk turut mendapat kecemerlangan dalam peperiksaan sebenar SPM dan STPM pada akhir tahun ini serta turut dikecapi oleh pelajar yang lain. Insyaallah.

Warga SMK Benut merakamkan syabas dan tahniah kepada mereka yang telah menerima Sijil Kecemerlangan ini.





No comments: