Tuesday, May 2, 2017

Majlis Doa Selamat, Perpisahan, dan Memperkenalkan Warden Perempuan Asrama SMKB

Pada tanggal 30 April 2017, sebuah Majlis Doa Selamat dan Majlis Perpisahan Warden Perempuan sekaligus memperkenalkan Warden Perempuan yang baru telah diadakan di asrama SMK Benut.  Majlis ini disertai oleh ahli jawatankuasa asrama bersama seluruh warga asrama SMK Benut.

Majlis ini diadakan bertujuan meraikan perpisahan Cik Kumuthamallar A/P Viswanathan yang telah berkhidmat selaku warden perempuan asrama SMKB selama 5 tahun. Selain itu, majlis meraikan kedatangan warden perempuan yang baru turut diadakan pada majlis tersebut. Warden perempuan yang baru dilantik ialah Cik Nur Hidayat binti Senen. Majlis doa selamat turut diadakan sebagai tanda kesyukuran atas segala kelancaran dalam pengurusan asrama.

Warga SMKB sangat berterima kasih kepada Cik Kumuthamalar atas segala usaha dan pengorbanan sepanjang menjadi warden asrama perempuan SMKB.  Terlalu banyak jasa yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatannya. Warga SMKB berharap kelangsungan ini dapat diteruskan oleh warden perempuan yang baru iaitu Cik Nur Hidayat. Semoga pengurusan di asrama akan lebih lancer dan Berjaya di masa akan datang.

























No comments: