Thursday, May 4, 2017

Latihan Kebakaran SMK Benut

TARIKH : 3 April 2017 (RABU)
MASA : 8.30 pagi hingga 10.00 pagi
TEMPAT : Padang, SMK Benut

 Pada 3 April yang lalu Sekolah Menengah Kebangsaan Benut telah menjalankan latihan kebakaran siri pertama. Latihan bermula jam 8.30 pagi dan berakhir sekitar jam 10.00 pagi. Latihan kebakaran merupakan aktiviti yang disediakan pada setiap tahun  sebagai persedian dan latihan sekiranya terjadi insiden kebakaran sekolah. Pada tahun ini, pihak sekolah telah merancang untuk mengadakan dua siri latihan kebakaran. Semua warga SMK Benut terlibat dalam aktiviti ini. Tujuan utama program ini dijalankan untuk memberikan kesedaran kepada warga sekolah cara bertindak apabila berlaku sesuatu kebakaran.
              Latihan kebakaran ini juga diadakan bertujuan untuk melatih murid-murid bersedia semasa berlaku kebakaran atau kecemasan di sekolah.  Setelah loceng panjang dibunyikan, semua murid bergegas ke tempat yang ditetapkan untuk berkumpul iaitu padang sekolah. Guru Penolong Kanan HEM telah meminta guru-guru mengawal murid-murid ketika latihan kebakaran dijalankan. AJK Disiplin telah memastikan semua murid berkumpul dan ada pada tempat yang ditetapkan. Guru kelas masing-masing mengambil kedatangan untuk memastikan tiada seorang murid pun yang tertinggal dalam kelas atau di dalam bangunan sekolah. Penerangan tentang aktiviti ini disampaikan oleh En Abd Khalil bin Mohd Masri selaku penyelaras unit kebakaran sekolah. Murid-murid kemudiannya melihat demonstrasi kebakaran sebagai pendedahan tentang cara-cara mengatasi kebakaran dengan betul.

Latihan ini adalah sebahagian daripada program wajib sekolah pada setiap tahun bagi memastikan murid dan kakitangan SMK Benut sentiasa dalam keadaan bersedia ketika menghadapi bencana kebakaran. Selain daripada kebakaran, murid-murid didedahkan dengan kemungkinan-kemungkinan bencana alam yang lain seperti banjir dan ribut.  Tahniah kepada AJK Kebakaran sekolah kerana telah berjaya menjalankan latihan kebakaran tersebut.

























No comments: