Sunday, May 21, 2017

Pertandingan Catur MSSD Pontian



15, 17 -18 Mei 2017: Unit Sukan SMKB telah berjaya menghantar wakil peserta bagi Pertandingan Catur MSSD Pontian selama tiga hari (15, 17 dan 18 Mei 2017). Pertandingan Catur ini diadakan di SMK Parit Betak. Dua pasukan telah dibawa ke pertandingan ini iaitu L18 dan P15 disertai seramai 12 peserta. Hasil usaha gigih guru dan peserta, kategori L18 telah memenangi tempat ke enam dan johan manakala P15 telah memenangi tempat ke lima dan johan kategori. Lebih manis lagi, kemenangan L18 merupakan kemenangan kali ketiga berturut-turut. Berikut adalah nama pemenang bagi pertandingan tersebut :

L18

Johan


Khairulhazmi bin Bahrom
Ke 6
Muhammad Azamuddin bin Bahtiar Afandi
P15

Johan


Ho Li Xiang
Ke 5
Loh Hui Li



Tahniah diucapkan kepada semua guru dan peserta atas usaha gigih yang ditunjukkan hingga membuahkan kejayaan kepada sekolah. Semoga pasukan Catur SMKB akan lebih maju jaya di masa hadapan.







No comments: