Thursday, May 18, 2017

Sukaneka Hari Guru

14 Mei 2017: Kelab Bilik Guru SMKB telah berjaya mengadakan pertandingan sukaneka sempena Hari Guru bagi tahun 2017 pada hari Ahad 14 Mei 2017. Pertandingan sukaneka ini diadakan di Sanggar Koko & Padang Sekolah, SMKB. Pertandingan tersebut dijalankan pada pukul 3 petang yang mana melibatkan enam acara iaitu, tembak belon, sepak yem, boling kelapa, makan buah epal, make-up tutup mata dan baju dari surat khabar. Guru-guru dibahagikan kepada 8 kumpulan dalam pertandingan tersebut. Pemenang dalam pertandingan tersebut ialah :

1)       Kumpulan Rajawali
2)       Kumpulan Merak
3)       Kumpulan Burung Hantu
4)       Kumpulan Gagak
5)       Kumpulan Cenderawasih
6)       Kumpulan Raja Udang
7)       Kumpulan Jalak
8)       Kumpulan Merpati

Tahniah diucapkan kepada semua guru yang Berjaya dan telah memberi komitmen dalam pertandingan tersebut. Semoga aktiviti seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.




















No comments: