Thursday, May 18, 2017

Sambutan Hari Guru SMK Benut 2017

TARIKH : 16 Mei 2017 (SELASA)
TEMPAT : Dewan Baiduri, SMK Benut

Majlis Sambutan Haari Guru  2017  telah diadakan dengan jayanya pada 16 Mei 2017 dengan kerjasama daripada semua ahli jawatankuasa yang dilantik. Majlis ini telah berjalan dengan baik sebagaimana yang telah dirancangkan.

Objektif sambutan ini diadakan adalah untuk :

1.     Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan pembangunan Negara dan perkhidmatan kepada masyarakat
2.     Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia
3.     Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru
4.     Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru
5.     Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dengan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan


Majlis dimulakan dengan peraarakan masuk guru-guru SMK Benut ke dalam Dewan Baiduri. Selepas bacaan doa, majlis diteruskan dengan ucapan daripada wakil pelajar. Kemudian, bacaan perutusan disampaikan oleh GPK HEM, En Ariffin bin Bajuri dan GPK Pentadbiran, Pn Roby bt Abd Hamid. Seterusnya, majlis diteruskan pula dengan ikrar hari guru diketuai oleh En Arbain bin Miswan selaku Pengerusi KEBIRU SMK Benut, diikuti nyanyian lagu Guru Malaysia dan upacara potong kek. Persembahan guru dan murid disambung pula selepas murid dan guru dibenarkan rehat. Pada majlis tersebut, sebanyak 10 persembahan melibatkan guru-guru dan murid-murid telah dijalankan. Majlis bersurai tepat jam 1.30 petang. Murid-murid diarahkan solat Zohor dan guru-guru menikmati sedikit jamuan sempena sambutan Hari Guru  pada kali ini.

Secara keseluruhannya majlis berjalan dengan lancar dan meriah. Tahniah diucapkan kepada semua yang telah menjayakan sambutan Hari Guru bagi tahun ini. Diharap sambutan ini dapat dikekalkan sebagai tanda terima kasih di atas segala jasamu ‘GURU’.


“Guru Pembina Negara Bangsa”

























No comments: