Tuesday, November 17, 2009

Lawatan Sambil Belajar Ke Melaka Bandaraya Bersejarah



11 November 2009 – Program Lawatan Sambil Belajar sehari ke Melaka Bandaraya Bersejarah telah berjaya dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Benut pada hari ini. Program ini merupakan salah satu program yang telah dirancang dalam program selepas PMR.

Seramai 35 orang pelajar dengan diiringi seramai 7 orang guru pengiring. Lawatan ini bertolak dari SMK Benut pada jam 7.45 pagi. Antara tempat lawatan yang telah dikunjungi seperti Taman Rama-Rama dan Reptilia, Perigi Hang Tuah, Muzium Samudera, Muzium TLDM, Menaiki Menara Taming Sari, Dataran Pahlawan, Bangunan Kota A Famosa dan persekitaran Bandar Hilir.

Diharap program ini dapat memberikan pengetahuan dan pendedahan lebih dekat lagi kepada para pelajar dalam menghayati sejarah dan perjuangan tokoh negara.




No comments: