Tuesday, November 17, 2009

Majlis Persaraan Encik Kamsani Bin Saiman Bersama Para Pelajar



16 November 2009 – Majlis Persaraan Encik Kamsani Bin Saiman bersama-sama para pelajar telah berjaya diadakan pada hari ini di tapak perhimpunan SMK Benut semasa majlis rasmi perhimpunan mingguan.

Beliau telah diberikan peluang untuk menyampaikan ucapan kepada para pelajar. Antara intipati ucapan beliau, iaitu memohon maaf sekiranya pernah atau tidak sengaja melakukan kesalahan atau kesilapan kepada semua pelajar semasa mengajar atau sebagainya. Beliau mendoakan kejayaan cemerlang kepada semua pelajar dan menjaga diri dengan nilai-nilai murni yang baik supaya menjadi insan yang berguna untuk diri, keluarga, sekolah, masyarakat dan seterusnya negara.



No comments: