Tuesday, November 17, 2009

Lawatan Sambil Belajar Ke PUSPRO Rengit



12 November 2009 – Lawatan Sambil Belajar ke Pusat Pemasaran Produk (PUSPRO Rengit, Batu Pahat, Johor) atau dikenali FAMA telah berjaya diadakan pada hari ini. Program ini merupakan program aktiviti selepas PMR yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling, SMK Benut. Seramai 35 orang pelajar telah turut serta dengan 5 orang guru pengiring.

Encik Mohd Aris Bin Haji Musa (Pengurus PUSPRO Rengit) telah memberikan taklimat berkaitan peranan dan perkhidmatan yang disediakan. Dalam lawatan ini juga, para pelajar berpeluang melihat sendiri bagaimana proses pembersihan Roselle mengikut gred dan melihat sendiri bagaimana proses pembotolan pelbagai jenis perasa jem. Pelajar juga berpeluang membeli pelbagai produk AgroMas dan Ole Mas dengan harga yang berpatutan.

Jawatankuasa Lawatan Sambil Belajar Aktiviti Selepas PMR, merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada pihak FAMA, Rengit yang memberikan kesempatan masa dan pelbagai input yang berguna kepada para pelajar lawatan.









No comments: