13 November 2009 – Majlis Restu Ilmu STPM telah diadakan di Dataran Perhimpunan SMK Benut bermula jam 8.30 pagi. Majlis ini diadakan untuk memberikan restu kepada pelajar Tingkatan Enam Atas yang akan menduduki peperiksaan STPM bermula Rabu ini (18 November 2009). Seramai 120 orang pelajar yang akan mengambil peperiksaan tersebut.
Turut hadir di majlis tersebut Encik Hasnan Bin Jaffar (Pengetua, SMK Benut), Tuan Haji Abd Razak bin Nasiran (Guru Penolong Kanan Tingkatan Enam) serta tenaga pengajar Tingkatan Enam.
No comments:
Post a Comment