Wednesday, July 20, 2011

Program Peningkatan Akademik PMR 2011 - Matematik



19 Julai 2011 – Program Peningkatan Akademik PMR 2011, iaitu teknik menjawab soalan mata pelajaran Matematik telah berjaya diadakan pada hari ini. Program ini dibahagikan kepada 2 kumpulan , iaitu kumpulan pertama diadakan di Dewai Baiduri, SMK Benut (3RK/ 3IR/ 3IK/ 3 3AF) dan kumpulan kedua di Bilik Mesyuarat Guru, SMK Benut (3 AK / 3 AB).

Pihak sekolah telah mengundang penceramah yang berpengalaman dalam mata pelajaran Matematik, iaitu Encik Mohd Salleh bin Haji Asmuni (guru SMK Ayer Baloi Pontian) dan Encik Ahmad Nizam Bin Makkah (guru SMK Parit Betak, SMK Benut) untuk menjayakan program ini.

Program seterusnya akan diadakan pada hari Rabu (Sains) dan pada hari Sabtu (Sejarah). Semoga para pelajar memberikan kerjasama dengan hadir dengan cemerlang dalam setiap program yang telah disusun demi kejayaan cemerlang para pelajar.

Warga SMK Benut mengharapkan para pelajar mendapat input yang banyak daripada penceramah dan seterusnyan berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan PMR 2011.











No comments: