Friday, July 8, 2011

Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia Peringkat Kebangsaan

|}
2 Julai 2011 – Larian serentak 1Murid 1 Sukan 1Malaysia peringkat kebansaan telah berjaya dijayakan oleh warga SMK Benut, Pontian. Majlis dimulakan dengan ucapan Puan Hajah Rohani Binti Ab. Manaf (Pemangku Pengetua, SMK Benut). Beliau seterusnya melancarkan program ini dan sudi melepaskan pelajar sebelum memulakan larian.

Beliau berkata dalam ucapan perasmian memaklumkan objektif program ini sebagai menyokong pelaksanaan yang dilancarkan pada peringkat Kebangsaan Pelajaran Malaysia yang menjadi salah satu acara program 1Murid 1Sukan. Program ini turut dijalankan secara serentak di seluruh negara pada tarikh dan masa yang sama pada hari ini. Program ini bakal akan dimasukkan dalam Malaysia Book of Record sebagai program yang paling ramai peserta. Penyertaan para pelajar pada hari ini akan menerima sijil penghargaan peringkat kebangsaan. Beliau turut mengucapkan tahniah kepada para pelajar yang hadir dan gembira atas sokongan dan kerjasama dalam menjayakan program ini.

Sebelum itu, para pelajar diberikan nombor badan untuk menunjukkan bukti beliau telah melaksanakan program ini. Pihak unit sukan telah menetapkan laluan larian sejauh 1.5km dengan melalui Taman Mahkota, Benut. Kegembiraan pelajar semasa terlihat apabila mereka berlari dengan penuh semangat untuk menamatkan laluan larian yang telah ditetapkan.

Tahniah kepada semua yang berjaya melaksanakan larian serentak 1Murid 1 Sukan 1Malaysia.
































No comments: