Tuesday, July 19, 2011

Tahniah Pergerakan Puteri Islam SMK Benut



18 Julai 2011 – Hari Puteri Islam Zon Benut telah berjaya diadakan pada hari Sabtu, 16 Julai 2011 bertempat di SMA Bugisiah, Pontian, Johor. Pelbagai aktiviti telah diadakan pada program ini. Pergerakan  Puteri Islam, SMK Benut turut serta dalam pertandingan yang diadakan.

Wakil yang dihantar telah berjaya memenangi pertandingan yang diadakan, iaitu tempat KETIGA – pertandingan congkak (FATIN HAZIRAH BINTI AMBOK HASANUDIN – 5 Ibnu Rusyd) dan tempat KETIGA – pertandingan Sahiba (NUR IZZATI HUSNA BINTI MAHDAN – 4 Ibnu Sina).

Pengumuman ini telah disampaikan pada perjumpaan perhimpunan rasmi pada hari ini. Puan Hajah Rohani Binti A.Manaf (Guru Penolong Kanan Satu) telah sudi menyampaikan piala kepada pemenang.

Warga SMK Benut merakamkan tahniah dan syabas kepada Pergerakan Puteri Islam SMK Benut yang berjaya dengan cemerlang.




No comments: