Thursday, July 14, 2011

Taklimat SPSK oleh Unit Pengurusan Kualiti PPD Pontian


14 Julai 2011 – Taklimat Pengurusan Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) telah diadakan pada hari ini kepada semua warga pendidik  SMK Benut bertempat di Bilik Mesyuarat Guru, SMK Benut bermula jam 2.30 petang.

Taklimat ini telah disampaikan oleh Tuan Haji Abd Wahid Bin Md. Yusof (Penolong PPD Pontian, Unit Pengurusan Kualiti). Tujuan majlis ini untuk memaklumkan prosedur dan tatacara pengurusan SPSK yang perlu dipatuhi dan dibuat tindakan seperti instrumen yang telah ditetapkan. Selain itu, untuk persediaan pemantauan oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri dalam bulan Ogos.

Diharap melalui taklimat ini semua warga pendidik mengambil langkah yang lebih baik dalam memastikan pengurusan fail, pengurusan pembelajaran dan pengajaran lebih teratur serta mengikut prosedur yang ditetapkan, iaitu tatacara yang lebih tepat.

Warga SMK Benut mengucapkan terima kasih kepada Tuan Haji Abd Wahid Bin Md. Yusof yang sudi hadir dan menyampaikan taklimat yang jelas dan kami akan berusaha untuk mengikut prosedur dan garis panduan yang telah ditetapkan.














No comments: