11 Julai 2011 – Warga SMK Benut mengalu-alukan kehadiran Encik Mastura Aladdin Bin Masro (Pengetua, SMK Benut) yang mula melaporkan diri di SMK Benut pada hari ini.
Penantian pengganti Pengetua SMK Benut akhirnya telah berakhir apabila beliau menerima pertukaran ke SMK Benut bagi menggantikan Encik Hasnan Bin Jaffar yang bersara wajib bermula 2 Mac 2011. Beliau sebelum ini sebagai Pengetua SMK Ayer Baloi, Pontian serta merupakan Pengetua Cemerlang DG52.
Kami warga SMK Benut merakamkan tahniah dan selamat berkhidmat di SMK Benut. Semoga SMK Benut terus cemerlang di bawah kepimpinan beliau yang juga merupakan Pengetua SMK Benut yang kesebelas. Insyaallah.
No comments:
Post a Comment