Monday, July 11, 2011

Selamat Bertugas >>> Ketua Penyelaras Guru Disiplin


11 Julai 2011
– Makluman kepada warga SMK Benut, pihak pengurusan SMK Benut telah membuat satu rombakan pelantikan Ketua Penyelaras Disiplin dan bersetuju dengan melantik Encik Ismail Bin Ali bagi menggantikan Encik S Roslan Bin Ghani berkuatkuasa bermula 4 Julai 2011.
Pengesahan dan perisytiharan pelantikan ini telah diumumkan oleh Puan Hajah Rohani Binti A. Manaf (Pemangku Pengetua, SMK Benut) pada perhimpunan mingguan rasmi hari ini kepada warga SMK Benut semasa beliau menyampaikan ucapan.


Encik Ismail Bin Ali dalam ucapan beliau mengharapkan semua pelajar memberikan kerjasama kepada beliau dalam memastikan sifar disiplin. Beliau berjanji akan mengaktifkan badan pengawas serta guru-guru disiplin dalam memastikan tiada kesalahan disiplin yang berlaku lagi. Beliau turut memberikan motivasi kepada semua pelajar untuk memahami dan mengaplikasikan konsep JERI dan jika ianya dipraktikkan pasti disiplin dan sahsiah pelajar akan lebih baik lagi. “Semoga hari ini lebih baik dari semalam” perlu pelajar jadikan pegangan hidup dalam memastikan sentiasa diisi dengan perkara yang bermanfaat. Pasti kejayaan cemerlang diperoleh.


 Warga SMK Benut mengucapkan tahniah dan akan bersama-sama memastikan SMK Benut terus cemerlang terutama dalam sahsiah diri dan sifar disiplin.

No comments: